Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Tawaran "Dokumen Merah" AMK Untuk Anak Muda Sangat Menarik???

Tawaran "Dokumen Merah" AMK Untuk Anak Muda Sangat Menarik???

Penulis : Unknown on Friday, 1 March 2013 | 14:26

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) telah melancarkan "Dokumen Merah" pada 17 Februari 2013 lalu, yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Menarikah??? Mari kita lihat sama-sama.


Berikut adalah senarai lima tawaran tersebut seperti berikut:

1. Pemerdayaan Pendidikan
- Pendidikan percuma ke universiti
- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda
- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000
- Mansuh Auku & autonomi universiti
- Penubuhan universiti & peluang kerjaya
 
2. Kualiti Hidup
- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda
- Tabung Masa Depan Anak Muda
- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu
- Program ‘Teksi Motor Pelancongan’ untuk anak muda menganggur

3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi
- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun

4. Perumahan Strategik
- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun
- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah
- 3-4 perumahan setiap negeri untuk anak muda pendapatan kurang RM2,000 & RM4,000 (berkeluarga)
- Dasar memiliki rumah sebelum usia 40 tahun

5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan
- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia

Melalui 5 tawaran tersebut, kita akan bincangkan semua kepincangan yang berlaku dalam tawaran tersebut berdasarkan beberapa penumpuan yang ketara :

1. Pemerdayaan Pendidikan
 - Pendidikan percuma ke universiti (Janji PKR)
** Kerajaan yang ada sekarang sentiasa berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar.

- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda (Janji PKR)
** Anggaran RM6,500 x 3 tahun x 500,000 anak muda =RM9.75 Billion terpaksa di tanggung oleh PKR. Sediakah? Mampu kah?
** Banyak lagi ka duit untuk meneruskan janji-janji dalam Buku Jingga dan Manifesto Rakyat yang menampung semua negeri nanti tu???

- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000 (Janji PKR)
** RM500 x 9 bulan (2 sem 1 thn - cuti) x 21,000 org pelajar anggaran x 20 IPTA=RM1.89 Billion setahun
** 21,000 baru anggaran kasar. Tahun 2006 USM sahaja mempunyai pelajar seramai 29 ribu
** Belum lagi termasuk pelajar di IPTS.

- Mansuh Auku & autonomi universiti (Janji PKR)
** Universiti bukan tempat untuk berpolitik - Boleh kenakan batang hidung sendiri.
** Tiada isu lain sudah PKR ni.

- Penubuhan universiti & peluang kerjaya (Janji PKR)
** 20 buah IPTA sudah ada
** 53 buah IPTS yang diiktiraf JPA 
** Apa lagi mahu??? Berapa banyak lagi Universiti yang mahu dibuat? 1 Daerah 1 Universiti?
** Peluang kerja ada di mana-mana. Kerajaan sentiasa sediakan peluang pekerjaan

2. Kualiti Hidup
- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda (Janji PKR)
** Bagi yang bekerja dia akn carum sendiri dlm 10% - 15% sebln cthnya drp RM3,000=RM300.
** Bagi PKR pula : Anggaran Caruman sebln RM10 x 6.5j anak muda=RM65,000,000j sethn
** Wahhhh....hebat. Banyak duit??? Bagi wanita ada ka? Bagi warga tua pulak??? Warga pencen??? Ibu tunggal??? Nasib golongan ini akan terjaga sepenuhnya ka?

 - Tabung Masa Depan Anak Muda (Janji PKR)
** Terlalu umum, tidak mempunyai definisi yang tepat???

- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu (Janji PKR)
** Terlalu umum maksudnya. Bagi anak muda yang bekerja di kedai kopi dengan gaji  RM 400 sebulan pun sanggup di buang kerja untuk mendapat elaun RM500 sebulan. Habis tempoh, cari kerja baru, minta kena buang dan dapat lagi elaun. Betul tak???

- Program ‘Teksi Motor Pelancongan’ untuk anak muda menganggur (Janji PKR)
** Kita andaikan anggaran :  350,000 orang x RM12,000 1 teksi pelancongan = RM4,200,000,000J
 ** Boleh buat kah? Impak kewangan? Apa pulak kata lelaki yang sudah berkeluarga  nanti??...Mereka ada tanggungan takkan tidak dibantu??? Anak muda sahaja ka???

3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi
- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun (Janji PKR)
** SPR lebih arif dengan apa yang mereka buat sekarang iaitu dengan pendaftaran 21 tahun 
     ke atas.

 4. Perumahan Strategik
- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun (Janji PKR)
** Melalui SPNB, semua peringkat umur boleh memiliki rumah.

- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah (Janji PKR)
** Wow....mahalnya????
** Kita buat perbandingan dengan harga rumah yang ditawarkan oleh kerajaan melalui SPNB

No.
Type of House
Built-up Area*
Price
(Peninsular)**
Price
(Sabah & S'wak)**
1.
Low cost
700 sqft
From RM 35,000
From RM 50,000
2.
Medium low cost
750 sqft
From RM 50,000
From RM 50,000
3.
Medium cost
800 sqft and above
From RM 80,000
From RM 100,000


5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan
- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia (Janji PKR)

** Lecehlah......sekarang sudah ada pun program kebudayaan dan sukan untuk anak muda yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui KBS.


JADI???? Apa macam daripada segi realitinya??? Mahu buat janji memang senang. Sekali anak muda menuntut semua perkara yang dijanjikan tu baru tahu. Penumpuan pun tidak menyeluruh. Aiyaaa........Inilah yang dikatakan janji yang tidak masuk akal dan outdated!!!


Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger