Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Buduh Punya Manusia...Si Kiram Arahkan Pengikutnya Lancar Perang Gerila

Buduh Punya Manusia...Si Kiram Arahkan Pengikutnya Lancar Perang Gerila

Penulis : Unknown on Monday 18 March 2013 | 14:32

BUDUH punya manusia yang bernama Jamalul Kiram III ini. Ada ka si budu itu mengarahkan pula pengikutnya di Sabah untuk menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia pula. Sumber dari laporan media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.
“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” ke atas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.
Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.
Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.
Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.
Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.
Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media bahawa Agbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu untuk memberitahu mereka masih selamat. - sumber
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger