INILAH TAKTIK Parti Keadilan Rakyat (PKR) gara-gara ketandusan modal untuk mendapat simpati rakyat sehinggakan sanggup "membuat kacau" di Pensiangan.
Tindakan terbaru PKR ialah menganjur demontrasi membantah Lembaga
Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menerokai kawasan yang membabitkan beberapa buah kampung di Pensiangan iaitu membabitkan Kg. Lirung, Kg.
Sikalabaan, Kg. Sumabi, Kg. Sipuok, Kg. Siwalor, Kg. Pilanas, Kg. Bollah dan Kg. Mambu. Demonstrasi anjuran PKR Cabang Pensiangan ini sebenarnya satu budaya luar yang dibawa ke Pensiangan bertujuan untuk menggagalkan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan ke kawasan berkenaan.
Apa yang paling ketara ialah pemimpin PKR di kawasan Pensiangan membawa orang luar daripada kampung berkenaan bertujuan untuk membuat demonstrasi tersebut. Mereka menghasut penduduk tempatan supaya menentang penerokaan tanah oleh LKTS.
Aiyaaa....apa sudah jadi ini PKR????
LANTIKAN JAWATAN POLITIK SABAH: ANTARA PENGALAMAN, PENERUS DAN DINAMIKA
KUASA
-
*LANTIKAN* jawatan politik di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)
merupakan cerminan langsung strategi kerajaan dalam menyeimbangkan antara
kestabilan...
2 weeks ago
home
Home
Post a Comment