Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Terima Kasih PM...Itulah Luahan Masyarakat Beaufort

Terima Kasih PM...Itulah Luahan Masyarakat Beaufort

Penulis : Unknown on Thursday, 14 February 2013 | 13:40


 
"TERIMA KASIH PM kerana datang menjenguk kami di Beaufort"... Itulah antara luahan rasa terima kasih masyarakat Beaufort di atas kehadiran PM ke Beaufort sebentar tadi bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.15 pagi (14.2.2013). Walaupun masyarakat Beaufort tidak melafazkan rasa terima kasih tersebut terus kepada PM tetapi mereka bersyukur kerana kunjungan tersebut memberikan seribu makna kepada mereka.

Lawatan yang singkat tersebut walaupun hanya 2 jam, masyarakat dapat mendengar sendiri ucapan dan keprihatinan PM terhadap rakyat Sabah khususnya di Daerah Beaufort. Kehadiran masyarakat Beaufort termasuk dari kawasan Parlimen Sipitang dan Parlimen Kimanis yang dianggarkan seramai 15,000 orang itu menunjukkan betapa rakyat tetap sayang kepada parti BN.

 Bagi masyarakat yang hadir, ada yang meluahkan rasa muak sudah dengan karenah Datuk Lajim Ukin yang banyak menipu mereka selama ini dengan janji-janji kosong hasil suapan daripada Anwar Ibrahim. Bagi mereka Lajim tetap di kenang atas jasanya tetapi perjuangan Lajim tidak mereka iktiraf kerana sudah menderhaka kepada rakyat di Parlimen Beaufort.

Mereka juga menyatakan bahawa walaupun pada peringkat permulaan mereka rasa sangsi untuk hadir ke program berkenaan kerana bimbang tiada berita baik akan diumumkan tetapi sangkaan mereka merosot apabila masyarakat Beaufort mendapat durian runtuh kerana PM telah mengumumkan projek loji air berjumlah RM226 juta di buat di Beaufort.


Menurut En. Amat Bin Sinyur, 50 tahun dari kampung Tedong, Kuala Penyu,... "Saya rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri PM berucap dan mengumumkan projek loji air untuk menyelesaikan masalah air di Kuala Penyu."

Bagi En. Durry Bin Impoh, 39 tahun dari Menumbok pula, kehadiran orang ramai yang memenuhi khemah semasa program tersebut menunjukkan rakyat Beaufort tetap menyokong BN. "Ini kalilah....habis la Lajim", tambahnya lagi.

En. Paulus Bin Jukin, 40 tahun dari kampung Takuli Beaufort, menyatakan, "....masyarakat Beaufort tahu bha sepa itu Datuk Lajim. Kuat sangat ka dia itu mau lawan tauke?"
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger