Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Hukum Hudud : Warga Sabah Terima Dengan Baik Pelaksanaannya

Hukum Hudud : Warga Sabah Terima Dengan Baik Pelaksanaannya

Penulis : Unknown on Tuesday 12 June 2012 | 14:27

BAGI rakyat Sabah yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, pelaksanaan Hukum Hudud seperti yang ditegaskan oleh PAS diterima warga Sabah dengan baik dan amat bersesuaian walaupun negeri Sabah mempunyai lebih daripada 22 suku kaum.

Menurut mereka lagi bahawa dengan pelaksanaan Hukum Hudud tersebut, pentadbiran baru negeri Sabah akan sedikit sebanyak boleh diadaptasikan daripada acuan negeri Kelantan termasuk dengan pindaan Perlembagaan yang baru. Mereka yakin bahawa Sabah akan tetap maju walaupun Hukum Hudud dilaksanakan.  

Walaupun Pakatan Rakyat di Semenanjung masih tidak sefahaman berkaitan dengan pelaksanaan Hukum Hudud, penyokong PR di Sabah tetap optimis meskipun DAP dan Karpal Singh ditegur supaya tidak terlalu tamakkan kuasa dalam memutuskan sebarang isu membabitkan pakatan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini ini termasuklah pelaksanaan Hukum Hudud ini di Sabah dan Sarawak.
Teguran tersebut dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib susulan kenyataan Pengerusi DAP itu bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara. Harun berkata, selama ini, kerjasama PAS dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah atas nama parti, bukan Karpal Singh.
Menurut Harun Taib lagi, Hadi adalah pemimpin tinggi PAS yang juga sebahagian pakatan pembangkang, jadi beliau mempersoalkan kenapa pula beliau tidak boleh bercakap bagi pihak pembangkang?
Akhbar sebelum ini melaporkan Hadi sebagai berkata: “Jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.”
Harun berkata, PAS akan tetap melaksanakan Islam sebagai addin kerana ia bukan saja meliputi aspek undang-undang, tetapi juga ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Kita tetap akan laksanakan hudud dan pinda Perlembagaan walaupun mungkin bukan dengan rakan pakatan yang ada sekarang… mungkin dengan pakatan lain yang memberi sokongan kepada kita nanti. Mungkin ada pihak yang simpati dan menyokong perjuangan kita nanti.
“Jika cukup majoriti (penguasaan kerusi), jika PAS lebih kuat berbanding rakan lain nanti, kita akan laksanakan (hudud dan pinda Perlembagaan),” katanya.
Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Sabah, walaupun berlaku konflik dalaman sesama parti, mereka tetap menyokong pelaksanaan Hukum Hudud. Mereka percaya bahawa PKR+DAP+PAS pasti akan dapat jalan penyelesaiannya nanti. Sebagai rakyat Sabah juga, mereka juga akan memastikan bahawa parti tempatan di Sabah iaitu SAPP dan STAR menyokong perjuangan ini. Menurut mereka lagi, pelaksanaan Hukum Hudud pasti akan diterima dengan baik oleh kaum Dusun, Kadazan, Murut, Sungai, Bajau, Bugis dan beberapa lagi suku kaum lain di Sabah.

...fs


Share this article :

+ comments + 1 comments

14 June 2012 at 00:57

Berapa banyak lah yang sokong hukum hudud tu di sabah? saya rasa mungkin 5% saja. Saya harapkan PAS agar tidak mengambilkira 5% ini sebagai pandangan majoriti penduduk Sabah. kerana 40% penduduk sabah adalah bukan beragama muslim.

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger