Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » SAPP N.2 Tanjung Kapor Syok Sendiri...Masyarakat Tolak Politik Penipu

SAPP N.2 Tanjung Kapor Syok Sendiri...Masyarakat Tolak Politik Penipu

Penulis : Unknown on Monday 11 June 2012 | 13:34

APA SUDAH jadi dengan SAPP ni? Sudah kurang sokongan kah?

Baru-baru ini pada awal bulan Jun, ahli-ahli dan pemimpin parti SAPP telah pergi ke Kg. Pinorat di Kawasan N.2 Tg Kapor. Apa yang jelas ialah kedatangan mereka kelihatan seperti rombongan sahaja. Rombongan apa tidak tahu....nak kata rombongan meminang, tidak juga tetapi siap dengan lambang parti SAPP. Rupa-rupanya rombongan mahu meracuni pemikiran penduduk kampung.

Apa yang lucu ialah kehadiran mereka tidak mendapat sokongan daripada penduduk kg. Pinorat. Kehadiran rombongan SAPP yang juga bergabung dengan PKR ke kampung berkenaan seolah-olah SYOK SENDIRI. Mereka seolah-olah hilang akal walaupun  dua parti pembangkang tersebut bergabung untuk mempengaruhi penduduk kampung tetapi tidak mendapat sambutan.

Persoalan yang muncul di sini ialah kenapa parti SAPP seolah-olah mengadai maruahnya dengan meminta belas kasihan dan ehsan daripada PKR untuk bergabung dalam menjalankan aktiviti di kampung tersebut. Apa SAPP kurang menyengat kah atau masyarakat kampung sudah tahu SAPP hanya Parti mementingan diri sendiri tetapi bukan mementingkan rakyat.

Apa yang pasti ialah...penduduk kg. Pinorat memang menolak apa-apa aktiviti parti pembangkang yang cuba untuk mempengaruhi pemikiran penduduk kampung yang sudah tahu menilai janji-janji kosong SAPP dan PKR.

.....MK
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger