Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Anwar : Pecat Ahli PKR Yang Bertanding Tiket Bebas......Ngam Itu Ging!!!

Anwar : Pecat Ahli PKR Yang Bertanding Tiket Bebas......Ngam Itu Ging!!!

Penulis : Unknown on Friday 12 April 2013 | 21:23

ANWAR Ibrahim memberi amaran kepada ahli PKR yang bercadang bertanding menggunakan tiket bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipecat serta-merta. Walau bagaimanapun, menurut Anwar lagi, dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi mereka berhak untuk bertanding. Pemimpin PKR di Sabah pasti akan tersenarai!!! Hihihi......

Anwar memutuskan tindakan sedemikian kerana berang dengan tindakan beberapa ahli PKR Pahang yang mengumumkan untuk bertanding atas tiket bebas hanya isu kecil dan tidak menjejaskan peluang PR untuk menang di kerusi yang ditandingi.

Perpecahan dalam tersebut telah merebak ke berapa kawasan yang mana turut melibatkan Ketua Cabang PKR Paya Besar Zahari Mamat ; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli yang mengumumkan akan bertanding di Dun Lepar dan bekas Timbalan PKR Pahang, G. Ramponusamy yang akan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Menjelang PRU-13 akan datang ini, macam-macam pergolakan dalaman yang berlaku dalam PKR. Ini baru permulaan. Selepas penamaan calon nanti pasti konflik yang lebih besar pasti akan berlaku. Ini adalah kerana kebanyakan pemimpin tertinggi PKR di peringkat cabang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi calon.


Senario ini turut akan berlaku di negeri Sabah berikutan desas-desus awal yang mengatakan bahawa terdapat beberapa pemimpin tertinggi dalam PKR Sabah akan "membuat keputusan luar jangka" jika kehendak mereka tidak ditunaikan.

Konflik dalaman yang awal telahpun berlaku dalam PKR Sabah apabila beberapa nama awal telah diumumkan oleh PKR. Keadaan ini menimbulkan "kemarahan" beberapa pemimpin utama PKR Sabah.

Apapun kita tunggu respon sebenar selepas pengumuman calon PKR Sabah yang bakal diumumkan oleh Anwar Ibrahim........


LAIN KALILAH!!!!

Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger