Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Pembangkang Di Kimanis "Kecut Palir" Melihat Kehadiran PM

Pembangkang Di Kimanis "Kecut Palir" Melihat Kehadiran PM

Penulis : Unknown on Tuesday 23 April 2013 | 17:21

 

PENYOKONG parti pembangkang khasnya PKR di Parlimen Kimanis seakan-akan "KECUT" palir apabila melihat kehadiran Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke kawasan mereka sebentar tadi, 23 April sejurus selepas lawatan PM ke Kuala Penyu.

Apa yang menambahkan lagi "kekecutan" tersebut ialah apabila kunjungan tersebut mendapat sambutan ramai penduduk di Parlimen berkenaan. Masyarakat di Kimanis dan Bongawan khasnya dari awal lagi berpusu-pusu datang untuk hadir ke majlis tersebut bagi menemui PM sejak awal lagi.

Kehadiran masyarakat di Kimanis yang dianggarkan seramai 7 ribu orang itu menyemarakkan lagi perjuangan BN di Parlimen Kimanis dan ia menandakan bahawa sokongan pengundi terhadap BN TATAP kuat.

Dalam ucapannya, PM sekali lagi menyatakan bahawa kerajaan persekutuan sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya kepada negeri Sabah terutamanya dalam aspek pembangunan. Bukti yang terkini ialah melalui pembangunan dan projek minyak Petronas di Kimanis yang akan memberikan pulangan ekonomi yang tinggi kepada negeri Sabah. Projek tersebut dalam masa yang sama akan menyumbangkan lagi perolehan pendapatan melalui royalti minyak kepada negeri Sabah.

Di samping itu juga, sejak projek minyak Petronas di Kimanis dibangunkan, masyarakat Sabah telah mendapat manfaat yang tinggi melalui peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran.

Tinjauan awal hasil daripada lawatan PM mendapati calon PKR iaitu Jaafar Ismail tidak mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi P.176 Kimanis memandangkan beliau bukanlah seorang yang berpengaruh. Tambahan pula, Jaafar Ismail adalah seorang yang tidak berpendirian apabila melompat dari Parti SAPP yang telah mengundang kemarahan penyokong SAPP.

Bagi dua orang lagi calon pembangkang kerusi Parlimen iaitu Lusin Balangon, STAR dan Jamil William Core dari SAPP, peluang mereka juga amat tipis memandangkan sokongan terhadap mereka adalah rendah. Ini bermakna percaturan mereka adalah sia-sia sahaja dalam PRU-13 ini.

Bagi kerusi DUN N.23 Bonggawan terutamanya, kehadiran Tan Sri Ibrahim Menudin sebagai calon PKR tidak semestinya akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN kerana masyarakat di Bongawan khasnya tahu siapa itu Tan Sri Ibrahim Menudin.

Apa yang boleh dikatakan lagi ialah palir mereka TATAP kecut dengan sokongan pengundi terhadap BN sekarang ini.












Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger