Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Panas : Lajim Kana "TAMPAR" Oleh Adiknya Sendiri

Panas : Lajim Kana "TAMPAR" Oleh Adiknya Sendiri

Penulis : Unknown on Thursday 25 April 2013 | 13:59

DATUK LAJIM UKIN, calon PKR bagi P.177 Beaufort dan N.25 Klias sedang menghadapi dilema pada masa sekarang ini apabila beliau kena "tampar" oleh adiknya sendiri iaitu Ramlee Ukin.

Ramlee Ukin yang juga Ketua Cabang PKR P.177 Beaufort memberikan "tamparan" kepada abangnya itu kerana berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.

Menurut sumber maklumat yang diperolehi, Ramlee Ukin tidak berpuas hati terhadap Lajim Ukin berdasarkan beberapa perkara berikut iaitu :

(i) Tidak sehaluan dengan perjuangan politik Lajim yang lebih extremist
(ii) Isu calon bertanding yang mana kerusi DUN dan Parlimen dimonopoli oleh Lajim
(iii) Ramlee kecewa tidak dicalonkan bertanding sedangkan beliau sudah lama berjuang dengan PKR
(iv) Ramlee sudah tidak percaya dengan kepimpinan PKR pusat yang bersikap "pilih bulu"

Kesan daripada krisis peribadi dan perjuangan parti tersebut, Ramlee Ukin telah mengisytiharkan keluar daripada PKR bersama-sama dengan 200 orang penyokongnya. Pengumuman rasmi tersebut telah dibuat pada 23 April yang lepas di hadapan PM semasa lawatan PM ke daerah Kuala Penyu. Keadaan ini telah memberikan "tamparan" yang hebat kepada Lajim apabila perjuangannya telah bergolak ditengah jalan.

Sehingga ke hari ini, hasil maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa penyokong-penyokong PKR yang lain telah sedikit demi sedikit makin bertambah beralih arah daripada PKR. 

Menurut seorang lagi adik kepada Lajim  Ukin iaitu Abdullah Ukin, perjuangan abangnya itu adalah lebih kepada perjuangan peribadi kerana gilakan kuasa untuk menjadi Ketua Menteri Sabah. Pakatan Lajim dengan Anwar sebelum keluar daripada BN suatu ketika dahulu adalah bukti yang paling jelas bahawa abangnya itu adalah mengikut telunjuk Anwar menurutnya lagi.

Dalam pertemuan sulit antara Lajim dan Anwar, Abdullah sendiri menjelaskan bahawa beliau mengetahui perancangan mereka itu dan dalam masa yang sama terpengaruh seketika. Walau bagaimanapun, beliau sedar bahawa perancangan tersebut adalah untuk merosakkan parti dan kejayaannya adalah belum pasti.

Menurut seorang lagi orang kuat Lajim iaitu Datuk Idris Ali yang sebelum ini sudah dijanjikan oleh Lajim untuk menjadi calon DUN Lumadan menyatakan bahawa pendiriannya sudah bertukar apabila melihat perancangan Lajim yang kelam kabut itu. Tambah Datuk Idris Ali lagi, beliau sudah membelanjakan banyak duit sehingga ratusan ribu untuk menampung dan membantu Lajim berkempen. Walau bagaimanapun, sifat Lajim sudah bertukar dan lebih mementingkan perjuangan peribadi. 

Berikutan daripada senario tersebut, pendirian pengundi terutamanya penyokong PKR di kawasan Parlimen berkenaan ada yang sudah berhati-hati dengan apa yang berlaku. Bagi mereka, pendirian tersebut boleh berubah bila-bila masa sahaja jika PKR tidak mempunyai peluang untuk menang.

P/S : Patut la buah limau di daerah Beaufort tu tidak masak-masak sebab marah sama Lajim

Share this article :

+ comments + 1 comments

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger