Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Pergolakan Dalaman PKR Sabah Semakin Kronik

Pergolakan Dalaman PKR Sabah Semakin Kronik

Penulis : Unknown on Friday 26 April 2013 | 14:04


MENJELANG Hari Mengundi pada 5 April ini, pergolakan dalaman PKR Sabah semakin kronik dan sukar untuk dibendung. Lembaran pergolakan cerita tersebut bermula apabila nama Ansari Ansari Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran tidak disenaraikan sebagai calon mana-mana kerusi.

Keadaan tersebut seterusnya telah merebak umpama virus  di beberapa cabang PKR seluruh Sabah apabila Ramlee Ukin, adik kepada Datuk Lajim Ukin Ketua Cabang PKR P.177 Beaufort mengisytiharkan keluar parti pada 23 April lepas.

Pergolakan terkini PKR adalah pada 25 April melibatkan beberapa orang Ketua Cabang PKR iaitu :
(i) Mazhry Nasir - - Ketua Cabang PKR Sandakan
(ii) Saidil Simoi - Ketua Cabang PKR Kota Belud
(iii) Irianshah Yunus - Ketua Cabang PKR Kalabakan
(iv) Abdul Zainal Atin - Ketua Cabang PKR Putatan
(v) Zainuddin Hassan - Timb. Ketua Cabang PKR Batu Sapi

Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh mereka, PKR telah dikenalpasti gagal untuk menghormati perjanjian/perundingan berkaitan dengan kuasa autonomi ke atas negeri Sabah apabila kesemua keputusan parti yang melibatkan negeri Sabah diputuskan di Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan mereka keluar parti dan menyertai UMNO.

Buktinya ialah apabila borang keahlian mereka untuk memasuki UMNO telah diserahkan kepada Setiausaha UMNO Negeri Sabah, Datuk Yahya Hussein pada 24 April.

Tindakan Ketua Cabang PKR di Parlimen berkenaan sudah semestinya memberikan tamparan hebat kepada kepimpinan PKR Sabah. Ia secara keseluruhannya telah mengubah persepsi penyokong PKR yang selama ini menyokong penuh perjuangan PKR.
 
Tinjauan rambang di Parlimen Tuaran pada jam 6.30 petang kelmarin 25 April umpamanya, kebanyakan penyokong PKR memang setia menyokong perjuangan PKR pada peringkat awalnya tetapi memandangkan konflik tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, mereka telah berubah pendirian.

Umpamanya adalah penyokong "tegar" Ansari Abdullah yang sekarang ini ada yang sudah melompat keluar daripada parti PKR. Cuma pada masa sekarang, Ansari Abdullah sahaja yang belum mengorat langkahnya untuk "reveal" pendirian sebenarnya. Tetapi Ansari telah secara rahsia telah membuat 'gerakan bawah tanah' terhadap PKR.

Sementara itu pula, tinjauan lanjutan juga di Parlimen Putatan sekitar jam 9.00 malam tadi, 25 April semasa ceramah pembangkang yang dibuat di perkarangan rumah En. Mattia Samat, Kg. Ketiau Putatan. Penulis sengaja secara "in-direct"  telah bertanya kepada mereka yang hadir berkaitan dengan tindakan Abdul Zainal Atin - Ketua Cabang PKR Putatan keluar parti. Menurut mereka, jika Ketua Cabang sudah keluar, mereka juga akan turut goyah tambahan pula dengan kekuatan yang dimiliki oleh Datuk Yayha Hussein.

Tambah mereka lagi, disebabkan pergolakan yang tiada kesudahannya itu, keyakinan mereka boleh hilang terhadap PKR.

INI KALILAH!!!!



Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger