Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Panas : Bukti PAS Parti Sesat...Sabah Pun Bakal Disesatkan

Panas : Bukti PAS Parti Sesat...Sabah Pun Bakal Disesatkan

Penulis : Tukang Carut on Friday, 27 July 2012 | 08:44

APA ITU PAS? PAS merupakan sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

Ditubuhkan pada 1955, PAS adalah alternatif bagi mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendukung Islam. Namun, hala tuju serta teras penubuhannya semakin hari semakin kabur dan terpesong selepas parti itu menyertai Pakatan Pembangkang bersama DAP dan Keadilan.

CONTOH DAN DAKWAAN MEMBUKTIKAN PAS SEBAGAI PARTI “AJARAN SESAT”

Sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini, PAS dilihat berani dalam mengeluarkan fatwa yang wajib diikuti oleh umat Islam khusus bagi penyokong-penyokongnya.

Soal halal dan haram seperti sudah menjadi permainan politik kotor mereka untuk meraih undi. Buktinya PAS berani mengeluarkan Fatwa “Halal Haram PAS” :

  • Kubur PAS berbeza dengan kubur yang telah diwartakan oleh kerajaan. 
Ahli pas yang meninggal ditanam bukan di tanah perkuburan Islam sebaliknya di kawasan persendirian ekoran kenyataan pemimpin Pas yang menyuruh para penyokong mengebumikan jenazah di kawasan mereka sendiri. Walhal kerajaan telah menyediakan tanah perkuburan untuk rakyat malahan lebih afdal tanam di tanah perkuburan sedia ada kerana mendapat manfaat hasil doa orang yang menziarahi tanah perkuburan.


  • Haram sembahyang berimamkan imam yang dilantik oleh kerajaan.

Penyokong Pas membina surau sendiri seterusnya bersembahyang Jumaat di surau berkenaan. Padahal terdapat masjid di kawasan kariah mereka. Namun hasil ungkapan pemimpin yang sesat terus menyesatkan penyokong yang taasub tanpa menghiraukan hukum hakam.


  • Tidak sah bernikah berjurunikahkan kadi yang dilantik oleh kerajaan.

Pasangan Pas yang berkahwin di akad nikah semula kerana pendapat sesat mereka tidak sah sekiranya kadi kerajaan menjadi jurunikah. Mereka yang menggunakan khidmat kadi kerajaan untuk mendapatkan sijil kahwin, perlu di akad dengan kadi Pas kerana nikah itu sah hanya menggunakan khidmat kadi Pas.


  • Haram makan sembelihan orang UMNO.

Syarat sah sembelihan ialah Islam dan baligh. Tetapi ‘fatwa’ Pas memutarbelitkan hukum malahan sanggup mengharamkan hasil sembelihan Orang Islam selain daripada ahli Pas.


  • Tidak boleh menghadiri kematian orang UMNO walaupun saudara mara.

Tidak mengira adik beradik, saudara mara, ibu bapa, sepupu ataupun waris terdekat yang menyokong UMNO tidak boleh diziarahi ahli Pas ketika meninggal dunia.


CONTOH DAN DAKWAAN MEMBUKTIKAN PAS SEBAGAI PARTI “BONEKA”

Selain daripada mengeluarkan fatwa “sendiri” sebagai usaha untuk meraih undi dan menunjukkan hanya PAS sahaja yang akan mengambil berat tentang hak dan kepentingan Umat Islam di negara ini, hala tuju PAS terus dipersoalkan.

Ini kerana PAS kini lebih cenderung menyokong tindak tanduk serta keputusan rakan sekutunya DAP dan Keadilan. Fungsi PAS sebagai parti yang menegakkan syiar Islam di negara ini seolah-olah tenggelam dek keakuran parti itu dengan suara DAP dan Keadilan yang lebih dominan.

Dalam erti kata lain, PAS kini menjadi “Pak Turut” atau boneka dua parti yang lebih liberal itu dengan mengiakan segala rancangan dan keputusannya, walaupun ia bertentangan dengan lunas-lunas agama dan hala tuju asal parti itu . Ia termasuk.

Menyokong amalan songsang

PAS secara tidak langsung menyokong amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, (LGBT) yang dibawa oleh Datuk S. Ambiga di negara ini apabila tiada sebarang pendirian untuk menghalang diberikan walaupun secara jelas amalan ini menyimpang jauh daripada amalan Islam.

Melengah-lengahkan Muzakarah

Penarikan semula serta penangguhan idea bermuzakarah oleh PAS bagi membincangkan tentang hak dan kepentingan orang Islam di negara ini menimbulkan tanda tanya. Mana tidaknya, idea awal muzakarah ini dicetuskan oleh Presidennya Datuk Seri Hadi Awang.

Menghalalkan penyertaan dalam Himpunan Bersih

Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz menghalalkan penyertaan penyokong-penyokong PAS termasuk anak beliau sendiri menyertai Perhimpunan Bersih turut dipersoalkan. Walaupun perhimpunan itu telah diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram yang bakal memberi kesan buruk kepada orang ramai termasuk isu keselamatan dan fahaman ekstremis, namun ia disokong penuh oleh orang nombor satu PAS itu. Kesanggupan beliau menaja kos penyertaan penyokong parti itu dikutuk ramai pihak.

Ketepikan tubuhkan Negara Islam kepada Negara berkebajikan

Sejak ditubuhkan 57 tahun lalu, objektif utama PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang berlandaskan hukum hudud. Namun setelah menyertai Pakatan Pembangkang, hala tuju itu ditukar dan mengiakan penubuhan sebuah negara berkebajikan yang dicetuskan oleh rakan sekutunya, DAP dan Keadilan.

Jelas keempat-empat perkara yang dihuraikan di atas menunjukkan hala tuju serta objektif PAS sebagai parti politik telah tersasar jauh. Apa yang dapat dilihat PAS bukan sahaja tidak mempunyai pendirian malah dijadikan boneka oleh DAP dan Keadilan kerana setiap tindakan dan keputusannya dipengaruhi kepentingan rakan sekutunya itu.

Adakah ini parti yang perlu disokong rakyat? Tepuk dada tanya selera. Kerana setiap tindakan dan keputusan hala tujunya dipengaruhi dasar serta hala tuju DAP dan Keadilan. Justeru setiap tindakan dan keputusan yang dibuat adalah bagi memastikan kelangsungan PAS dalam Pakatan Pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

Jika kini PAS sudah tidak mampu mengekalkan hala tuju bagi menjaga hak dan kepentingan umat Islam di negara ini, apatah lagi bila Pakatan Pembangkang berjaya menjadi kerajaan. Bagaimana nasib Orang Islam dan Orang Melayu ketika itu?

KESIMPULAN

PAS kini, bukanlah satu parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam. Tetapi hanyalah sebagai alat bagi menarik penyokong yang dikaburi oleh politik keislaman semata-mata. Apa yang penting kedudukan parti itu terjamin seandainya Pakatan Pembangkang dapat menakluk Putrajaya. Selain daripada itu, PAS sudah tersasar dari hala tuju asal dan boleh dikatakan sebagai parti “ajaran sesat”.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
13 August 2012 at 21:50

PAS lebih baik dari UMNO.

Anonymous
16 August 2012 at 14:01

Ya, PAS lebih baik dari segi takabbur, fasik, munafik, ta'jub, assabiyah, jumud dan pakar menyalahguna Islam.

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger