Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » PAS : Pemimpin Bukan Islam Tetap Boleh Guna Kalimah Allah

PAS : Pemimpin Bukan Islam Tetap Boleh Guna Kalimah Allah

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 19 July 2012 | 13:47

DALAM usaha untuk menguasai kerusi Parlimen atau DUN menjelang PRU-13 akan datang, berbagai taktik digunakan oleh parti PAS tanpa mengira sama ada ia bertentangan dengan agama Islam ataupun tidak. Dalam soal sedemikian, ternyata soal agama seolah-olah dibelakangi dan dimain-mainkan tanpa meletakkan ia ditempat yang tertinggi yang sepatutnya diagung-agungkan oleh penganutnya.
 
Bukti tersebut dapat kita lihat apabila PAS yang dikatakan sebenarnya bukan hendak memperjuangkan Islam tetapi inginkan kuasa untuk memerintah negara. Pemimpin-pemimpin PAS menggunakan isu-isu Islam untuk memujuk, mengambil hati dan dan ingin meraih sokongan daripada rakyat Malaysia yang kuat pegangan pada islam.

Bermacam-macam strategi dan helah digunakan oleh PAS bertujuan untuk mengelirukan pemikiran rakyat Malaysia yang mereka anggap sebagai "orang bodoh" dan "tiada akal". Penganut Islam dikelentong oleh pemimpin PAS dan mereka yang sudah terpengaruh akan menerimanya bulat-bulat tanpa berfikir panjang.
 
Menurut Nik Aziz, mereka yang menyoal segala perjuangan pemimpin ni akan di anggap melawan ulama, anti islam, murtad dan jadi kafir dan dianggap menentang hukum Allah.

Jika demikian, maka agama itu seolah-olah akan menjadi mainan politik sehinggakan yang "Haram jadi Halal". Jika ia berterusan berlaku, perpecahan dalam agama pasti akan berlaku dan kita akan mudah ditertawakan oleh masyarakat barat.
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger